Ketua polis daerah ditahan terima rasuah lebih RM1 juta 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah (SPRM) Pahang menahan seorang ketua polis daerah kerana disyaki menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022.

SPRM dalam kenyataan berkata, pegawai kanan polis berusia 53 tahun disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

“Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin mengesahkan tangkapan namun enggan mengulas lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights