Lelaki tunjal, pukul kepada pemandu wanita ditahan polis

POLIS menahan seorang lelaki selepas perbuatannya menunjal dan memukul kepala seorang pemandu wanita tular di media sosial, ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pemandu wanita berusia 24 tahun berkenaan turut dilemparkan kata-kata kesat oleh lelaki itu sebelum kepalanya ditunjal suspek.

Difahamkan, lelaki itu sudah ditahan sebentar tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dikatakan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular video berdusrasi 59 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook memaparkan perbuatan lelaki itu yang dirakam oleh penumpang yang duduk bersebelahan mangsa di dalam sebuah kenderaan.

Difahamkan, pentengkaran berlaku apabila lelaki itu tidak berpuas hati dengan pemanduan wanita terbabit lalu memberhentikan kenderaan dan mengetuk cermin kereta mangsa dengan kuat.

Suspek yang berada dalam kenderaan itu kemudian membuka cermin kereta, dimarahi lelaki berkenaan yang turut mengeluarkan kata-kata kesat.

Malah suspek turut menggugut untuk mencederakan mangsa dan penumpangnya.

“Bawa elok sikit, kau nak main, kau main dengan nyawa orang, b**i! Kalau aku sepak kau kat sini dengan orang sebelah kau aku sepak nanti,” kata suspek dalam rakaman video berkenaan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights