Polis Pahang beri kerjasama kepada SPRM jalankan siasatan

POLIS Pahang sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap seorang pegawai kanan polis di negeri itu yang ditahan kerana disyaki menerima rasuah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawainya.

“Polis Pahang mengesahkan ada tangkapan seperti laporan yang sedang tular dan pihak polis memberikan ruang kepada SPRM untuk jalankan siasatan,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang Ketua Polis Daerah berusia 53 tahun ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dengan rasuah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta sejak 2017 sehingga tahun lalu.

SPRM berkata, pegawai kanan polis itu disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights