DATUK Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia susulan kejayaan mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 semalam sebelum temasya sukan itu melabuhkan tirainya, Jumaat ini.
“Tahniah kontinjen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
“Berbaki tiga hari lagi sebelum upacara penutup, saya percaya atlet kita akan terus pamer aksi cemerlang di Kemboja,” ciap Perdana Menteri di Twitter.
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming- Brady Chin menerusi acara pingpong beregu lelaki (kelas 9- masalah keseimbangan ringan).
Merekamenundukkan pasangan Filipina, Linard Combras dan Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo semalam.
Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada penampilan di Kemboja. – Malaysiapost