Warga Indonesia teruja jumpa Jokowi di Pasar Chow Kit

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo yang turut dikenali sebagai Jokowi, menerima sambutan luar biasa ketika lawatan santai ke Pasar Chow Kit di ibu negara, hari ini.

Jokowi yang tiba bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kira-kira jam 12.30 tengah hari disambut dengan keterujaan dan sorakan yang begitu meriah.

Malah, ada yang sanggup meninggalkan kedai jualan masing-masing hanya untuk merakamkan kehadiran Jokowi.

Peniaga dan pekerja juga tidak melepaskan peluang berswafoto bersama kedua-dua pemimpin negara itu.

Jokowi dan Anwar Ibrahim dijangka menikmati hidangan cendol durian di Kafe Masa, Jalan Raja Laut sebelum berangkat ke Restoran Samudera Kg Baru untuk makan tengah hari. – Malaysiapost

Kredit foto: Berita Harian

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights