Bekas Mufti Perlis meninggal dunia

BEKAS Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin, meninggal dunia pagi tadi.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anaknya yang juga Ketua Umno Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari, menerusi perkongsian di Facebook.

“Ayahanda saya, Mat Jahya bin Hussin baru sahaja meninggal dunia. Mohon doakan kebaikan, pengampunan dan rahmat untuk beliau di akhirat sana.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid Puncak Alam hari ini sejurus selepas solat Jumaat,” tulisnya.

Difahamkan, sebelum ini Allahyarham menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam selepas kesihatannya merosot akibat penyakit kencing manis.

Allahyarham Mat Jahya merupakan mufti paling lama berkhidmat di Perlis iaitu selama 22 tahun bermula pada 1984 hingga 2004. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights