UMNO menggesa kerajaan agar dapat menyegerakan pelaksanaan semula pembangunan High Speed Rail (HSR) yang dimulakan oleh Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak.
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pelaksanaan HSR menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura itu bagaimanapun dikaji dikaji semula oleh Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dibatalkan Perdana Menteri berikutnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Insya-Allah kita yakin akan terlaksana di bawah PM Ke-10,” katanya dalam ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Umno juga mahu pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuhraya Pan Borneo untuk manfaat rakyat Sabah dan Sarawak disiapkan mengikut jadual.
Katanya, ini supaya kemudahan tersebut menjadi pemangkin kawasan pertumbuhan baharu yang dapat menjana ekonomi, peluang pekerjaan dan membangunkan perusahaan kecil. – Malaysiapost