‘Alhamdulillah saya masih hidup’ – Adam Corrie

PELAKON Adam Corrie menzahirkan rasa kesal terhadap laporan sebuah blog yang menyiarkan berita palsu memaklumkan beliau sudah meninggal dunia.

Berita yang tular sejak beberapa hari lalu menyebabkan pelakon berusia 55 tahun tidak menang tangan menjawab pertanyaan daripada kenalannya.

“Tak larat dah nak jawab. Saya masih hidup lagi.

“Memang zaman sekarang orang suka buat berita palsu untuk raih view ye…?.” tulisnya menerusi Instagram.

Jelasnya, gambar yang ditularkan itu adalah ketika beliau ‘shooting’ drama Tanah Kubur 13 tahun lepas.

“Alhamdulillah saya masih hidup lagi.

“Semoga Allah berkati usia kita semua,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights