Peneroka FELDA pelopor pembangunan wilayah negara – Zahid

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau amat yakin peranan FELDA dan warganya dalam agenda pembangunan desa amat signifikan sekali.

Dalam perutusan sempena Hari Peneroka FELDA 2023, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata tanggal 7 Julai mungkin tidak mempunyai apa-apa makna bagi sebahagian besar rakyat Malaysia.

Namun, katanya, setiap tahun tarikh ini adalah tarikh keramat bagi lebih 112,638 orang peneroka, lebih 3,500 petugas FELDA dan lebih 3 juta warga FELDA yang terdiri dari keluarga dan anak-anak mereka.

“Hari ini, seluruh warga besar FELDA meraikan Hari Peneroka FELDA tahun 2023 peringkat Kebangsaan sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada sumbangan FELDA dan warganya dalam pembangunan tanah air.

“Kebijaksanaan Almarhun Tun Razak yang mengagaskan idea “Land for the Landless” ini telah membuka banyak penempatan baru dan pada masa sama memangkin pembangunan wilayah dan luar bandar melalui aktiviti perladangan getah dan sawit.

“Bukan itu sahaja, saya percaya FELDA turut menyumbang pembangunan sosio-ekonomi rakyat. Ramai telah dikeluarkan dari ruang kemiskinan dan kini berkemampuan membina keluarga masing-masing, malah ada yang telah menjadi tokoh-tokoh besar di pelbagai bidang,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights