SEORANG lelaki berusia 37 tahun ditemui rentung selepas rumahnya di Lorong 6, Kampung Seri Puchong, terbakar, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.30 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Cyberjaya dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah rumah di atas tanah lot terbakar 90 peratus.
“Operasi pemadaman segera digerakkan sebelum api berjaya dikawal pada 3.11 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu ditemui rentung dalam kebakaran terbabit dan punca kejadian masih dalam siasatan. – Malaysiapost