BEKAS Setiausaha Agung Ummo, Tan Sri Annuar Musa antara pemimpin yang melepasi proses tapisan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) mewakili PAS.
Turut melepasi tapisan ialah anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, ia diputuskan Majlis Syura PAS pada mesyuarat di Kuala Terengganu kelmarin, lapor Malaysia Gazette.
Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Nama Annuar dan Nik Mohamad Abduh adalah dua nama yang dicadangkan PAS Kelantan dan Majlis Syura sudah membuat keputusan dalam proses tapisan.
“Terserah kepada PAS Kelantan untuk buat keputusan selepas ini bagi menentukan kedua-duanya bakal mewakili PAS atau tidak dalam PRN,” katanya. – Malaysiapost