Hampir 40% pelajar sekolah Ivy League dikenalpasti terbabit LGBT

HAMPIR 40 peratus penuntut di kampus Ivy League dikenal pasti terbabit dengan hubungan songsang LGBTQ – iaitu lebih daripada lima kali ganda kadar orang dewasa yang tidak dapat dikenalpasti sebagai ‘lurus’.

Tinjauan yang sama dijalankan di sekolah itu lebih 10 tahun lalu, mendapati bahawa 14 peratus daripada persatuan pelajar dikenal pasti sebagai sebahagian daripada komuniti LGBTQ+.

Tinjauan pendapat itu dijalankan oleh Brown Daily Herald, sebuah akhbar bebas di sekolah Rhode Island, dan dikeluarkan pada Jun sebagai sebahagian daripada isu khas.

Bagaimana, tidak dijelaskan berapa ramai pelajar yang dijadikan sampel dalam kaji selidik itu. Herald tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung kajian berkenaan, dan pihak universiti juga enggan mengulas.

Sejak Herald pertama kali menjalankan kaji selidik orientasi seksual kampus pada 2010, pelajar Brown dikenalpasti sebagai lesbian dan gay dilapor menurun lebih daripada separuh daripada 46 peratus kepada 22 peratus.

Kira-kira 19 peratus daripada kumpulan itu adalah pelajar kolej Generasi Z.

Bilangan pelajar yang dikenalpasti kecederungan lain bagaimanapun, melonjak.

Herald juga mendapti pelajar biseksual meningkat sebanyak 232 peratus, dan kumpulan LGBTQ lain naik secara kolektif sebanya 793 peratus.

Sehingga musim luruh 2022, Universiti Brown mempunyai pendaftaran sarjana muda seramai 7,222 pelajar dan 3,515 lagi dalam program siswazah dan perubatannya.

Sekolah Ivy League adalah Institusi Pengajian Tinggi yang dianggap paling berprestij di dunia.

Lapan institusi pengajian tinggi swasta di Amerika Syarikat itu terkenal dengan taraf pencapaian akedemik termasuk – Universiti Brown, Universiti Columbia, Universiti Cornell, Kolej Dartmouth, Universiti Harvard, Universiti Princeton, Universiti Pennsylvania dan Universiti Yale. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights