FILEM genre seram komedi berjudul Sue-On buah tangan pertama arahan Datuk Awie berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang menonton filem arahannya yang mula ditayangkan di pawagam 6 Julai lalu.
“Terima kasih banyak kepada rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei! Filem terbitan pertama Datuk Awie, Filem Sue-On telah melepasi kutipan sebanyak RM 1 Juta. Jom kite #SapotLokal,” tulisnya di hantaran Instagram, hari ini.
Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.
Sue-On berkisar tentang seekor hantu Korea yang sering mengganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen. – Malaysiapost