JKOM anggar belanja dapur keluarga RM391 sebulan

PERBELANJAAN barangan dapur keluarga dengan gaji minimum RM1,500  dilaporkan sebanyak RM391 sebulan atau RM97.75 seminggu.

Jumlah tersebut diberitahu Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) bagi menjawab persoalan benarkah belanja dapur antar RM200 ke RM500 sebulan.

Selain itu, JKOM membariskan contoh perbelanjaan sekeluarga melibatkan ayam, beras, minyak masak, telur, roti dan gas masak.

Berdasarkan info grafik yang dikeluarkan JKOM, harga ayam dianggarkan sekitar RM18.80 sen seekor dan jika satu keluarga membelinya dua ekor ayam seminggu RM37.60 sen.

Begitu juga dengan harga minyak masak paket yang berharga RM6.90 sen sekilogram, roti Gardenia RM4.30 sen, beras 10 kilogram RM38, telur sepapan RM14 dan gas tong 10 kilogram RM19.

Demikian itu, JKOM menganggarkan rakyat berbelanja sekitar RM97.75 sen seminggu untuk keperluan barangan dapur.

Bagaimanapun, perkongsian infografik JKOM itu mendapat kritikan warga media sosial yang menyifatkan ia tidak realisitik kerana perbelanjaan itu tidak termasuk keperluan asas lain seperti gula, susu, bawang, sayuran dan sebagainya.

Sebelum ini, media melaporkan harga barang dijangka akan terus meningkat sebanyak 20 peratus pada Ogos nanti.

Peningkatan itu didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan, pihaknya mengesan peningkatan 20 peratus kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI sejak Januari lalu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bagaimanapun menolak jangkaan peningkatan itu kerana kadar inflasi yang dicatatkan setakat ini turut menunjukkan trend penurunan.

Katanya, beberapa petunjuk ekonomi pada tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights