BEKAS Menteri Kesihatan yang kini penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin diumum antara penyampai trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 pada 21 Julai ini.
Anugerah itu akan disiarkan secara langsung TV3 dari Istana Budaya (IB) di ibu negara.
Berita Harian melaporkan, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ, bakal menghangatkan malam kemuncak acara anugerah bertemakan Ekspresi Legasi Seni itu.
Beliau akan bergandingan bersama bintang legenda dan artis baharu dalam mengemudi dan menyerikan segmen persembahan serta penyerahan trofi berprestij ABPBH.
Pada majlis itu, penyampai radio Hot FM, Johan dan pengacara popular, Ain Edruce diumum sebagai hos utama ABPBH.
Acara karpet merah pula akan dihoskan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan Riena Diana.
Antara barisan artis dan selebriti penyampai trofi adalah pelakon baharu seperti Meerqeen, Siti Hariesa dan Anna Jobling selain Puteri Sarah Liyana dan Raysha Rizrose.
Tidak ketinggalan, Beto Kusyairy dan primadona filem Melayu, Erra Fazira serta pengarah, penerbit dan pelakon, Erma Fatima dan Janna Nick.
Turut memeriahkan acara adalah pengacara radio dan televisyen seperti Fara Fauzana dan AG serta Sherry Alhadad dan Che Puan Sarimah Ibrahim.
Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip; Datuk Yusni Hamid; Datuk Seri Siti Nurhaliza; Amelina; Aizat Amdan; Aina Abdul; Sufian Suhaimi dan Baby Shima. – Malaysiapost