Kit Siang cadang semua parti, calon PRN tak sentuh isu 3R

VETERAN DAP, Lim Kit Siang mencadangkan semua parti dan calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mencapai persetujuan tidak menyentuh isu kaum, agama dan institusi raja (3R).

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, semua parti dan calon terlibat wajar membentuk satu mekanisma untuk dedahkan penipuan, fitnah, berita palsu dan ucapan kebencian dalam kempen pilihan raya.

Mekanisme ini katanya, perlu bagi membolehkan mana-mana parti politik, calon atau individu untuk membuat laporan mengenai apa-apa penipuan, fitnah, berita palsu dan ucapan kebencian semasa kempen.

“Aduan ini kemudian disiasat secepat mungkin supaya dapat siasatan dapat diterbitkan,” katanya menerusi kenyataan.

Kit Siang juga berharap enam PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos ini dijadikan satu pilihan raya bersih dan jujur.

Beliau juga berharap PRN tersebut tidak dibanjiri dengan tsunami penipuan, fitnah, berita palsu dan ucapan kebencian. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights