SEBANYAK 71 peratus daripada 1,068 responden terdiri daripada pengundi Melayu berdaftar di Selangor berpuas hati dengan prestasi kepimpinan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Dapatan itu diperoleh menerusi ‘Tinjauan Pendapat Pengundi Melayu Selangor’ yang dijalankan Endeavour-MGC, lapor Sinar Harian.
Dalam tinjauan tersebut, sebanyak 28 peratus responden lagi tidak bersetuju dan satu peratus berkecuali.
Kajian selidik melalui persampelan rawak berstrata itu juga merekodkan 68 peratus responden berpuas hati prestasi keseluruhan Kerajaan Negeri Selangor diterajui Pakatan Harapan (PH).
Manakala 31 responden pula tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH Selangor dan satu peratus pula berkecuali.
Kaji selidik yang dilakukan melalui persampelan rawak berstrata di 56 kawasan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pecahan 50 peratus responden lelaki dan 50 peratus wanita.
Seramai 45 peratus merupakan responden golongan B40 berpendapatan RM4,850 ke bawah, manakala 40 peratus M40 pendapatan antara RM4,850 hingga RM10,959.
Manakala 15 peratus golongan T20 pendapatan RM10,959 ke atas.
PH mula memerintah Negeri Selangor sejak 2008 selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).
Amirudin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada Jun 2018. – Malaysiapost