Penat dengar cakap orang, Zamsaham mahu pilih sendiri pemain

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman menegaskan mulai sekarang beliau akan memilih sendiri barisan pemain yang akan mewakili skuad The Red Warriors (TRW).

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata beliau berbuat demikian kerana cukup penat mendengar kata orang, tetapi hasilnya tiada.

Susulan itu Norizam berkata, ketua jurulatih baharu, Alfredo Vera juga dipilihnya sendiri dan bukan cadangan mana-mana pihak.

“Yang lepas semua pemain bukan saya pilih. Saya percaya 100% atas semua pilihan yg di cadangkan. Kalah menang saya yang hadap. Agak masalah, semua angkat kaki.

“Kali ini biar saya yang pilih sendiri,
coach Alfredo, ketua jurulatih tu pun saya pilih sendiri bukan orang cadangkan.

“Penat dah asyik dengar cakap orang. Kali ini saya decide, biarkan. Anda lihat hasilnya. Baik dan buruk,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Kelantan FC yang kini menghuni tangga tercorot Liga Super bakal berdepan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, malam ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights