AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berpendapat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor wajar didakwa didakwa dengan hukuman lebih berat.
Ini kerana katanya, tabiat keceluparan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu semakin keterlaluan.
“Sebelum ini dia hanya didenda RM120,000 kerana memfitnah Mahfuz Omar kononnya membenarkan kedai Sport Toto di Pokok Sena.
“Dia tidak serik. Apatah lagi Sanusi yakin keceluparannya menjadikan dia lebih popular. Sebab itu Sanusi mahu terus celupar.
:Dia percaya anak muda suka style celuparnya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit di Johor itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Mohd Puad juga mendakwa PAS merestui tabiat celupar Muhammad Sanusi kerana ia membantu parti itu turut popular.
“Fatwa PAS dalam politik senang sahaja. Tiada halal dan haram,” dakwanya. – Malaysiapost