‘Menteri kalau sakau, saya pecat serta-merta’ – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada jemaah Menteri Kabinetnya supaya tidak terlibat dengan budaya ‘sakau’ jika tidak mahu dipecat serta-merta.

Namun katanya, selepas lapan bulan mentadbir negara, barisan Menteri Kerajaan Perpaduan wajar diberi pujian kerana bersikap telus dan tidak terpalit dalam isu ‘sakau’. 

“Kita dah lapan bulan, menteri (luluskan) kontrak (dengan) betul dia tak sakau. Kalau dia sakau saya tidak akan buat mesyuarat.. (tapi) saya pecat serta merta.

“Jadi saya puji, itupun salah? (Takkan) PM tak boleh pertahan menteri-menteri dia?. Eh, yang curi duit dulu.. kamu (rakyat) pertahankan. (Manakala) yang aku pertahan yang tak curi…. salah?,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di Sekinchan, hari ini.

Anwar berkata, situasi itu sekali gus membuktikan Malaysia kini memasuki  ‘zaman edan’ atau era mengenepikan kewarasan.

Zaman Edan merujuk kepada situasi di mana sebahagian rakyat memuja seseorang yang jelas bersalah korupsi dalam masa sama mencela orang lain yang berjuang ke arah kebenaran.

“Ini orang kata ‘zaman edan’ (iaitu) yang curi kamu puji yang tak curi kamu keji, Bagaimana menghadapi zaman edan tanya Ronggo Warsito (tokoh pujangga Indonesia).  

“Ronggo Warsito jawab kalau dalam ‘zaman edan’ orang jahat dikatakan baik, orang baik dikatakan jahat. Orang curi dipuji, orang bersih dicerca,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights