‘Sanusi tak salah hingga terbukti sebaliknya’ – PAS Kedah

PAS Kedah meminta semua ahli dan penyokong parti itu bertenang serta tidak dipengaruhi emosi susulan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, akan didakwa di mahkamah pagi ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, semua pihak diharap sentiasa mematuhi undang-undang dan mendoakan yang terbaik untuk Muhammad Sanusi.

Menurutnya, proses perundangan diharap dapat dilaksana secara adil, berpegang teguh pada prinsip keadilan mengikut undang-undang serta bebas daripada cengkaman atau pengaruh politik.

“PAS Kedah berpegang pada prinsip ‘innocent until proven guilty’ iaitu seseorang yang dihadapkan ke mahkamah tidak boleh lagi dianggap bersalah sehingga terbukti sebaliknya,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Ahmad berkata, pihaknya berharap semua pihak dapat terus berdoa dan bermunajat agar Muhammad Sanusi mendapat keadilan sepanjang proses undang-undang dilaksanakan.

“Dalam situasi dihadapi Datuk Seri Muhammad Sanusi, PAS Kedah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau yang ikhlas dan amat bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Kedah sentiasa berada dalam lindungan Allah,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights