Trend balang air akuarium tak baik untuk kesihatan

BARU-BARU ini tular penjual minuman menggunakan akuarium ikan bagi menggantikan balang air sebagai satu cara menarik perhatian pelanggan.

Susulan itu ia mendapat pelbagai reaksi netizen dengan ada yang menyifatkan ia sebagai kreatif, namun ramai juga mengecam kerana tidak sesuai akuarium dijadikan tempat penyimpanan air minuman.

Menurut perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, bukan semua bahan sesuai untuk menjadi tempat penyimpanan dan penyediaan makanan atau minuman.

Untuk keselamatan, menurut laman media sosial itu, peniaga perlu memilih bekas yang ada tanda “gred makanan”.

“Penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan.

“Ada bahan bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser.

“Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan celah-celah akuarium sukar untuk dibersihkan. Ada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat,” kongsinya.

Susulan itu, pentadbir Facebook Public Health Malaysia mengingatkan peniaga agar mengutamakan keselamatan pengguna dan pengguna pula perlu bijak memilih premis makanan yang selamat. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights