Radhi Mat Din, Baddrol Bakhtiar calon PN di Kedah?

CAKAP-CAKAP mengenai bekas kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar akan menjadi calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), nampaknya hampir jadi realiti.

Ia selepas Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengesahkan gabungan itu akan menampilkan dua bekas pemain bola sepak sebagai calon dalam PRN kali ini.

“Kita akan ada dua profesor untuk mewakili kita, player bola ada dah dua.

“Ustaz dan ulama tak payah kira dan seorang panglima duduk di hadapan,” kata Menteri Besar Kedah itu dalam ceramah Himpunan Munajat Perdana di Sik malam tadi.

Muhammad Sanusi bagaimanapun tidak menyebut nama mana-mana bekas pemain termasuk Baddrol yang dianggap legenda bola sepak di Kedah.

Sebelum ini, media melaporkan Baddrol disebut-sebut sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun.

Bekas pemain kebangsaan itu meninggalkan Sabah FC minggu lalu dan dikatakan pulang ke Kedah untuk calon PN pada PRN ini.

Seorang lagi bekas kapten Kedah yang aktif bersama PAS ialah Radhi Mat Din yang pernah bertanding kerus Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-14 namun tewas kepada Datuk Mahfuz Omar.

Radhi yang pernah menjadi penolong jurulatih Kedah dikhabarkan kemungkinan bertanding di kawasan DUN Alor Mengkudu atau Bukit Selambau.

Majlis Pengisytiharan Calon-Calon PN Kedah dijadual berlangsung Rabu depan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights