PM jumpa penyedia servis p-hailing minggu depan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun padang berjumpa dengan semua penyedia perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan minggu depan.

Pertemuan itu bagi membincangkan isu kadar bayaran terlalu rendah dan semua perkara berkaitan p-hailing.

Menurutnya, beliau meminta tempoh selama seminggu untuk mengaturkan perkara itu dan akan berjumpa semua syarikat p-hailing di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Bagi saya tempoh satu minggu, …tetapkan masa dan jumpa dia untuk sampaikan pandangan tuan-tuan (penghantar p-hailing) bahawa kadar itu terlalu rendah,” katanya.

Anwar berkata demikian menjawab pertanyaan seorang penghantar p-hailing yang mendakwa mereka menerima bayaran terlalu rendah daripada syarikat berkenaan.

Hari ini berlangsung program Temu Anwar Selangor X Belia p-hailing 2023 yang diadakan di di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights