Altimet calon PH di DUN Lembah Jaya

PENYANYI rap, Altimet diumumkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya di Selangor bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Pencalonan penyanyi itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang MBSA malam ini.

Pada 22 Julai tahun lalu Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman menang dalam pemilihan parti bagi jawatan Ketua Cabang PKR Ampang.

Pelantun lagu Aduh Malaysia itu menewaskan pelakon Hans Isaac yang turut bertanding jawatan yang sama.

PRN di enam negeri akan berlangsung serentak pada 12 Ogos depan, membabitkan keseluruhan 245 kerusi DUN yang dijangka akan dipertandingkan nanti. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights