TAN Sri Annuar Musa mengalu-alukan tindakan guaman oleh veteran DAP, Lim Kit Siang terhadapnya.
Ia susulan kenyataan Kit Siang pada 21 Julai lalu bahawa beliau akan memulakan tindakan guaman serta menyatakan tidak akan menerima permohonan maaf dan mahu ganti rugi daripada dirinya.
Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berkata jawapan peguamnya bertarikh 21 Julai memberikan bukti-bukti yang mengaitkan Kit Siang dengan rusuhan 13 Mei 1969 dan dia sendiri sering membangkitkan hal ini kebelakangan ini.
Menurut Annuar, Kit Siang juga terkeliru kerana beliau mempertahan kenyataannya dan tidak pernah berkata akan memohon maaf untuk mengelak ugutan ganti rugi.
“Dia berangan-angan bahawa saya akan memohon maaf atas kenyataan saya yang merupakan fakta yang terdapat dlm pelbagai tulisan, hansard Parlimen dan rekod keselamatan.
“Saya tidak perlu memohon maaf kepada Kit Siang dan malah beliaulah yang perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala ungkapannya yang sering menyinggung perasaan dan sentimen orang Melayu dan kaum Bumiputera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost