PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan melancarkan program ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Kuala Lumpur, esok.
Perdana Menteri dijangka melancarkan program itu bermula jam 9 pagi.
Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, program itu merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.
“Esok saya akan meluncurkan “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat” yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.
“Nantikan, insya-Allah,” katanya. – Malaysiapost