Harimau Malaya berdepan cabaran Oman, Republik Kyrgyz

SKUAD Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon bakal berdepan saingan Oman, Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei atau Timor-Leste dalam Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 hari ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan D pada saingan yang bakal bermula pada 16 November 2023 hingga 11 Jun 2024.

Piala Dunia 2026 bakal diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Dua pasukan terbaik daripada sembilan kumpulan kelayakan pusingan kedua akan layak terus pusingan akhir Piala Asia 2027 sambil yang tewas ke pusingan ketiga kelayakan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights