PRN 6 negeri bukan untuk tukar kerajaan Persekutuan – Mat Sabu

PILIHAN Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan adalah untuk memilih kerajaan yang akan mentadbir negeri, bukan untuk menukar kerajaan di peringkat Persekutuan.

Sehubungan itu Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata semua ahli dan penyokong parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu turun ke bawah untuk memberi kefahaman kepada rakyat.

“Oleh itu kita perlu bekerja keras untuk memberi penerangan dan memahamkan rakyat di bawah.

“Saya amat berkeyakinan, kita mampu untuk mengambil kembali kerajaan Kedah demi kestabilan dan kemakmuran bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Malam tadi beliau hadir bersama Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam program Ceramah Perpaduan DUN N.23 Belantik, Kedah. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights