Pemimpin Bersatu dakwa ‘Geng kartel, Mak Lampir’ catur calon PN

KETIKA Perikatan Nasional (PN) siap mengumumkan calon pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, seorang pemimpinnya tampil mendedahkan wujud pencatur “puak kartel dan mak lampir” dalam menentukan calon PN.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Faiz Na’aman mendedahkan perkara itu selepas dia dituduh sabotaj parti bagi menghadapi PRN.

“Aku pula dituduh sabotaj parti dan kempen PRN? Fikir balik siapa pencatur puak kartel dan mak lampir ni hingga dapat tunggang PN?

“Siapa punya data dan statistik yang buat kita kalah dalam PRN Melaka dan Johor? Siapa sabotaj siapa dulu?,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Meskipun tidak menyebut secara langsung “geng kartel” dipercayai merujuk kepada kumpulan Ketua PN Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Manakala “Mak Lampir” dipercayai merujuk kepada individu yang cenderung kepada bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Zuraida Kamaruddin dipilih menjadi calon PN.

Dalam satu hantaran yang berasingan, Dr Faiz secara sinis menyindir kenyataan Azmin disiarkan di portal berita yang juga bekas Menteri Besar Selangor.

Menurut laporan portal berita itu, Azmin dilaporkan mahu berehat namun diminta oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding.

“Ya…Saya percaya sangat,” tulisnya di Facebook dengan memuatnaik laporan portal berkaitan Azmin.- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights