Rina Harun pastikan kerusi Batu Tiga milik PN

DATUK Seri Rina Harun yang dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga komited untuk memastikan kerusi itu menjadi milik Perikatan Nasional (PN).

Menurut bekas Menteri Wanita dan Keluarga itu amanah yang diberikan pucuk pimpinan PN akan dipikulnya dengan penuh tanggungjawab.

“Terima Kasih diucapkan kepada pucuk pimpinan PN yang telah memberi kepercayaan kepada saya mewakili PN di DUN Batu Tiga.

“Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon-calon wanita yang dicalonkan untuk mewakili PN di seluruh negara,” katanya menerusi Facebook.

Rina yang tewas di kerusi Parlimen Sepang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diumumkan sebagai calon DUN Batu Tiga oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu bakal dicabar Danial Al Rashid daripada Amanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights