Ahli Bersatu bertanding Bebas, sokong parti lain akan dipecat – Hamzah 

BERSATU menegaskan mana-mana ahlinya yang bertanding, menjadi pencadang atau penyokong kepada mana-mana parti lain atau calon Bebas, akan dipecat serta-merta. 

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia selaras Fasal 10.2.4 Perlembagaan Bersatu iaitu ahli yang melanggar disiplin berkaitan, keahliannya terhenti serta-merta. 

Pada masa sama, beliau memaklumkan Mesyuarat Majlis Pimpinan pada 26 Julai lalu telah memutuskan seorang ahli Bersatu dipecat keahlian serta-merta, manakala dua lagi ahli digantung selama tiga tahun kerana melanggar Fasal 10.2.2 Perlembagaan parti. 

“Ia disebabkan perbuatan menghasut, memboikot dan mensabotaj kempen pilihan raya Perikatan Nasional,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Tambah Hamzah, Bersatu menzahirkan komitmen tertinggi untuk memastikan gerak kerja parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) enam negeri, serta Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu berada di tahap paling maksimum. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights