Ahli Umno perlu sokong calon DAP – Puad

SEMUA ahli UMNO perlu menyokong siapa saja calon yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, termasuklah daripada DAP.

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ini kerana kerana mereka kini adalah rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, keputusan memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan kongsi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan adalah keputusan parti.

Justeru, Ahli Umno tidak perlu ragu dan apologetik untuk mengundi calon Kerajaan Perpaduan termasuk calon DAP.

“Ia konsensus. Tidak berbangkit lagi ‘No Anwar No DAP’. Itu sebelum PRU15. Selepas PRU ialah Kerajaan Perpaduan. Umno setia titah YDP Agong. Yang degil ialah PN.

“Umno lebih berpengalaman dalam tahaluf siyasi banding PAS. Umno, MCA dan MIC berkerjasama sejak 1955 lagi. Kini DAP rakan baru. Apa bezanya jika Perlembagaan ditaati,” katanya.

Jelas beliau, apa yang dilakukan Umno itu adalah demi kestabilan, maka itu Kerajaan Perpaduan yang ada ketika ini perlu dipertahankan dan menang.

PRN juga katanya adalah medan mengukuhkan ‘kejujuran politik’ Madani. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights