Zahid beri ‘suntikan’ semangat kepada calon Tendong, Pengkalan Pasir, Meranti

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir memberikan suntikan semangat kepada calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, Pengkalan Pasir dan Meranti, Kelantan.

Ahmad Zahid yang tiba jam pada jam 8.50 pagi bersama penyokong mengiringi ketiga-tiga calon iaitu Noor Hariri Mohamed Noor (Tendong), Rushdan Mustafa (Pengkalan Pasir) dan Zahri Omar (Meranti) ke pusat penamaan calon di Dewan Kolej Vokasional Pasir Mas.

Sebelum itu, beliau bersama ribuan penyokong berjalan sejauh 300 meter mengiringi ketiga-tiga calon yang bertanding.

Ahmad Zahid turut melemparkan kata-kata semangat kepada calon BN dan PH serta penyokong hadir. – Malaysiapost

Kredit foto: Fb Zahid Hamidi

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights