Umat Islam mesti keluar mengundi, dapatkan kuasa politik – Hadi 

ORANG Islam mesti keluar mengundi bagi mendapatkan kuasa politik untuk umat Islam di Malaysia, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

Ahli Parlimen Marang itu berkata ia adalah kelemahan umat Islam berbanding orang bukan Islam. 

“Orang bukan Islam walaupun berada di luar negara, akan balik mengundi bagi mendapatkan kuasa politik. 

“Atas dasar ini, seluruh jentera Perikatan Nasional (PN) mesti memastikan supaya semua pengundi keluar mengundi. 

“Mari kita bersatu hati, lupakan persengketaan lama bagi mendapatkan kuasa politik Islam. Inilah tanggungjawab dan amanah yang Allah telah letakkan pada diri setiap Muslim,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN juga mengajak pengundi memastikan kemenangan PN di enam negeri. 

Malam tadi beliau berceramah bersama pimpinan PN Selangor dalam Ceramah Jelajah Selangor Baharu di Sijangkang. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights