Zahid nasihat calon berhati-hati, utama keselamatan ketika berkempen

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) agar sentiasa berhati-hati bagi mengelak terlibat dalam kemalangan dan kejadian tidak diingini.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri susulan nahas jalan raya melibatkan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno turut mendoakan agar Mohd Zaidy cepat sembuh.

“Allahuakbar… Moga selamat dan segera sembuh… harap semua calon akan berhati-hati dalam tempoh kempen,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi komen yang ditinggalkan pada satu hantaran di Facebook Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.

Terdahulu Asyraf Wajdi memaklumkan nahas berlaku jam 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan.

Beliau turut memaklumkan keadaan pemandu kenderaan dipercayai jenis pacuan empat roda turut kritikal.

“Dapat berita pagi ini sahabat saya yang juga calon BN Dun Jeram Padang, Abdul Kadir mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Pasir Besar-Palong dalam pukul 3.25 pagi tadi.

“Pemandu agak kritikal. Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya.

Mohd Zaidy akan bertembung satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), S Surash pada PRN, 12 Ogos ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights