Kredit e-tunai RM100 dilaksana suku keempat tahun ini – MOF

PEMBERIAN kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada golongan dewasa berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kini sedang diperincikan dengan pemegang taruh.

“Bantuan e-tunai itu akan akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40.

“Ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

Bantuan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang membabitkan peruntukan RM1 bilion diumum Anwar semasa melancarkan kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, 27 Julai lalu.

Inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights