PH-BN yakin pertahan Pulau Pinang

GABUNGAN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertahan penguasaan di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, namun beliau mengingatkan usaha lebih gigih diperlukan daripada semua pihak khususnya di kawasan majoriti Melayu.

Ini kerana, katanya Perikatan Nasional (PN) dilihat mempunyai kelebihan di kawasan majoriti Melayu.

“Kita perlu berusaha lebih gigih lagi dan saya percaya kempen calon perpaduan akan cuba sedaya upaya membawa mesej perpaduan, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan kepada pengundi.

“Ini supaya mandat baharu diberi seiring kerajaan perpaduan di Persekutuan untuk meneruskan pembangunan negeri.

“Saya tak mahu pandang rendah terhadap parti lawan, tetapi secara ikhlas dan jujur mereka (PN) tidak mempunyai peluang sama sekali. Saya rasa macam itulah,” katanya pada program walkabout di Pasar Awam Perkampungan Juru hari ini.

Kon Yeow bagaimanapun berkata, beliau optimis PH-BN mampu melakar kemenangan berdasarkan penerimaan pengundi sepanjang tiga hari berkempen yang lebih berpihak kepada mereka. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights