Pertama kali saya dengar manifesto jadi ‘surprise’ untuk pengundi – Rafizi

TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli menyindir calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar susulan isu ‘rahsia’ manifestonya pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dalam nada sinis Rafizi mendakwa, ini adalah kali pertama beliau melihat situasi di mana calon yang bertanding pilihan raya menjadikan manifestonya sebagai ‘surprise’ (kejutan) kepada pengundi.

“Liputan sekitar kempen PRN. Macam-macam kejutan kempen kali ini.

“Ini pertama kali saya dengar manifesto akan menjadi ‘surprise’ dan kena undi dulu,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Rafizi, sekiranya situasi itu berlaku kepada calon Pakatan Harapan (PH) pastinya pembangkang akan ‘menyerang’ mendakwa calon itu tiada hala tuju.

“Kalau PH, laju Perikatan Nasional (PN) cakap tiada hala tuju. Kena dekat dia, bila wartawan tanya jadi ‘surprise’,” sindirnya.

Sebelum ini, tular video di media sosial selepas bekas pemain bola sepak itu menyatakan beliau mempunyai manifesto sendiri.

Namun, bekas Kapten Bola Sepak Kedah itu menjelaskan manifesto berkenaan hanya akan terjadi sekiranya kemenangan berpihak padanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights