Pertemuan dengan Sultan Kedah tiada kaitan REE – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau bersama ahli perniagaan dari Indonesia, Reza Chalid ada menghadap Sultan Kedah, Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan ia adalah kunjungan hormat dan tiada urusan atau permohonan yang dikemukakan kepada baginda berhubung perlombongan unsur nadir bumi (REE) oleh ahli perniagaan berkenaan.

“Itu pertemuan dengan Sultan Kedah, tidak berbangkit soal REE..kalau dia (hartawan Indonesia) mohon, (permohonan) itu bukan pada Sultan Kedah, Sultan Kedah panggil saya berikutan hal lain.

“Pertemuan saya dengan sahabat saya bersama Sultan Kedah di istana, tiada kaitan dengan perniagaan dalam bidang itu (REE), saya tidak mahu kaitkan lebih daripada itu, hanya kunjungan hormat saya dengan Sultan Kedah.

“Tiada permohonan (projek REE) dikemukakan kepada Sultan Kedah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkormesialan Malaysia, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Perdana Menteri membawa ahli perniagaan Indonesia itu ke Kedah untuk memohon melombong REE.

Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa kedua-dua mereka melawat Kedah sebelum Parlimen dibubarkan tahun lalu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights