DATUK Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada warga Taman Medan dan Dusun Tua di Selangor atas ketidakhadiran ke Jelajah Perpaduan MADANI di kedua-dua lokasi, Khamis lalu.
Perdana Menteri berkata, ini kerana beliau perlu menyantuni dan meraikan tetamu negara iaitu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.
“Insya-Allah, Ahad ini (6 Ogos 2023) saya akan turun ke Taman Medan pada jam 9 malam diikuti Ampang (10 malam) dan Hulu Kelang (11 malam).
“Saya ingin mengajak semua pendukung perpaduan untuk hadir bersama dan nyatakan sokongan kepada calon PH-BN di Selangor,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost