Kerajaan Perpaduan bukan cari publisiti, kejar populariti di Kedah 

KERAJAAN Perpaduan bukan mahu mencari publisiti serta asyik mengejar populariti tanpa sebarang idea, visi dan jelas untuk memajukan Kedah. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan fokus Karajaan Perpaduan jelas, membawa kelebihan kepada rakyat Kedah. 

Sebagai bukti katanya, semalam Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan akan membawa masuk pelaburan besar melalui Infineon Technologies AG (Infineon) di Kulim. 

“Sebab itu keluar kata Selangor maju sebab ada Kuala Lumpur. Sebab itu juga dikata Pulau Pinang sebahagian kepada Kedah. 

“Sebab apa? Sebab semua ini untuk menutup kelemahan kerana gagal mentadbir dan membawa pelaburan ke negeri ini. 

“Jadi orang Kedah, jom pakat #KalihBagiSama,” kata Presiden Umno itu dalam ceramah sempena Jelajah Madani di Kupang, Baling malam tadi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights