KENYATAAN Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya sambutan penyokong terhadap Perikatan Nasional (PN) di enam negeri sehingga kini sangat positif, hanyalah kenyataan politik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, ini kerana beliau juga menerima sambutan luar biasa daripada rakyat ketika turun berkempen di Kedah, semalam.
“Tak mengapalah, itu kenyataan politik, saya di Kedah semalam, sambutan luar biasa baik. Kita tak boleh nafikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Butterworth.
Dalam ucapannya ketika Ceramah Umum di Kota Bharu malam tadi, Takiyuddin berkata, gelombang PN di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan pada Ogos nanti.
Anwar dalam pada itu yakin rakyat akan memilih politik yang stabil dan menolak pandangan pelampau serta ekstrem, selain gabungan politik yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara.
“Perkara itu sudah mejelaskan kejayaan kita dalam bidang itu,” katanya.-Malaysiapost