MENJADI pemimpin bukan untuk fikir perut anak dan menantu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri sebaliknya berkata tanggungjawab pemimpin adalah memastikan kebajikan dan hak rakyat terbela.
Dalam ceramah di Hiliran, Kuala Terengganu malam tadi, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menekankan betapa amanah memimpin negara adalah amanah yang berat dan besar.
“Saya juga menyebut kegagalan demi kegagalan yang dipertonton kepada kita selama 33 bulan di mana kini kita tahu elit penguasa saat itu mengelabui mata hati rakyat yang terjejas hidupnya kerana dampak wabak dengan retorik yang kononnya mereka prihatin.
“Kalau prihatin, mereka tidak tergamak sorok minyak masak. Kalau best sangat, mereka tidak susun kontrak untuk anak dan menantu di saat rakyat bergelut dengan wabak.
“Dan kalau betul stabil, mereka tak mungkin hanya mampu bertahan 33 bulan sahaja!
Cukuplah sekali, Perikatan Nasional,” katanya. – Malaysiapost