Lepas bercerai, Farid Kamil sertai jemaah tabligh?

SETELAH melafaz talak satu terhadap isteri, Diana Danielle semalam, pelakon Farid Kamil memuat naik video sedang menyertai kumpulan jemaah tabligh.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Farid dilihat menyertai kumpulam tabligh bersama jemaah-jemaah lain di sebuah masjid.

“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan kamu semua bahagia di dunia dan akhirat.

“Kita boleh merancang, kitab oleh usaha. Ketetapan tetap pada yang punya kuasa (Allah),” tulisnya.

Dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari sedang dipakaikan serban oleh seorang ustaz.

Pelakon utama filem Anwar, The Untold Story itu turut berkongsi gambar bersama kumpulan jemaah tabligh dengan wajahnya tersenyum.

Semalam, rumah tangga yang dibina selama 11 tahun menemui titik noktah apabila Farid melafazkan talak satu terhadap Diana di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Lafaz cerai dilafazkan Farid di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi Google Meet memandangkan pelakon itu tidak menghadirkan diri ke mahkamah kerana kurang sihat.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Diana menfailkan tuntutan cerai awal mac lalu namun Farid enggan melafazkan talak terhadap isterinya itu.

Diana dan Farid telah melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) seperti yang ditetapkan mahkamah namun gagal menemui jalan penyelesaian. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights