Tidak rasmi: PH dahului 12 kerusi di Pulau Pinang

PAKATAN Harapan (PH) mendahului di 12 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang setakat jam 7 malam ini.

Ini termasuk kerusi Air Putih, Paya Terubong, Air Itam, Seri Delima, Batu Lancang, Pengkalan Kota, Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Perai, Padang Lalang dan Berapit.

Perikatan Nasional (PN) pula mendahului di enam kerusi iaitu di Tanjong Bunga, Pulau Tikus, Komtar, Pantai Jerejak, Bayan Lepas dan Jawi.

Hanya 21 daripada 40 kerusi diperlukan untuk meraih majoriti mudah dan membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights