Selangor umum Isnin cuti kelepasan am

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Isnin (14 Ogos) sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri itu, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi media sosial miliknya, sebentar tadi.

Terdahulu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataan mengumumkan tarikh 14 Ogos sebagai Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri itu sempena PRN.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 14 Ogos 2023, bersamaam 27 Muharram 1445H sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor ke-15,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim.

11 Ogos lalu, Amirudin mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin sekiranya Kerajaan Perpaduan terus mengekalkan pentadbirannya di Selangor pada PRN.

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan di Selangor selepas berjaya melepasi sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi pada PRN. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights