Peguam dikaitkan menantu Muhyiddin dakwa ‘dianiaya’

PEGUAM Mansoor Saat tampil dan menegaskan yang beliau tidak akan pulang ke Malaysia selagi “dianiaya” oleh pihak berkuasa.

Beliau yang mempunyai hubungan perniagaan dengan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Muhammad Adlan Berhan merupakan individu dalam senarai dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan, Mansoor menegaskan yang dia berkemungkinan akan menyaman SPRM kerana menyalahguna kuasa.

Mansoor menyifatkan dirinya sebagai “collateral damage” kerana hubungan perniagaannya dengan Muhammad Adlan yang juga dikehendaki SPRM.

“Saya menolak naratif palsu ini dengan tegasnya.

“Saya percaya ada unsur politik dalam keseluruhan episod ini, yang amat malang.

“Saya seorang ahli perniagaan serta peguam bela dan peguam cara yang mempunyai hubungan perniagaan dengan ramai orang lain,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Jelasnya dia tidak menyangka hubungan perniagaannya dengan Muhammad Adlan menjadikannya sasaran SPRM.

Mansoor merupakan peguam yang juga pengarah dan pemegang saham NERS Sdn Bhd (NERS).- Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights