TIADA isyarat “maday” daripada juruterbang pesawat yang terhempas, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Sebaliknya pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas dekat Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor itu dikesan melencong ke kanan dari laluan penerbangan.
“Siasatan awal (mendapati), pesawat itu melencong dari ‘flight path’ ke kanan dari yang sepatutnya.
“Tetapi tiga minit selepas kebenaran itu diberikan, pegawai trafik udara melihat asap besar di lokasi ia terhempas,” katanya dalam sidang media khas di Lapangan Terbang Subang, hari ini.
Tambahnya lagi, pesawat berkenaan sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan Lapangan Terbang Subang.
Selain itu katanya, tiada sebarang isyarat ‘mayday’ daripada juruterbang diterima oleh menara kawalan.
Katanya perkara itu seperti yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Dalam insiden itu seramai 10 orang disahkan meninggal dunia.
Turut terkorban dalam insiden itu, Exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.- Malaysiapost