UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) meminta graduan supaya lebih beradab untuk tidak meminta penganugerah melihat ke arah kamera apabila gambar ditangkap ketika konvokesyen
“Teguran” itu dikeluarkan apabila budaya sebegitu menjadi trend buat sebahagian graduan ketika menerima skrol bersama penganugerah.
“Perhatian, para graduan tidak dibenarkan memberi isyarat kepada penganugerah untuk memandang ke arah kamera semasa menerima ijazah atau diploma.
“Sila jaga adab dan hormati penganugerah serta istiadat konvokesyen universiti,” tulisnya dalam satu video yang dimuat naik di media sosial TikTok rasmi UiTM.
Menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun TikTok rasminya itu, UiTM menegaskan para graduan perlu menghormati istiadat konvokesyen.
Graduan diingatkan supaya melakukan perkara yang tidak memberikan masalah termasuk tidak memberi isyarat kepada penganugerah untuk memandang kamera.- Malaysiapost